Pages

Saturday 11 June 2011

Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Alhamdulillah..berkat dorongan Fairuz Aziz  (Priority Dealer) dan rakan2 lain, tercipta juga blog SeriGold ni..
Sebagai permulaan, saya akan ceritakan serba sedikit hal berkaitan emas fizikal iaitu emas dinar & emas jongkong (gold coin & gold bar)....Jom kite TEROKAAAAA!!!! hehehe
Contoh-contoh emas 1 dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar;
Contoh-contoh emas 20gram, 50 gram dan 100gram;


Kegunaan emas dinar (Gold coin) / Emas Bar (Gold Bar)

Mungkin kita masih tertanya-tanya mengapa perlu simpan emas-emas ini? Sebenarnya terlalu banyak kegunaan emas-emas ini.....JOM KITA TEROKAAAAA FAKTA...bukan AUTA yeee...hehehe

Simpanan untuk pergi menunaikan ibadah

Masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui akan keistimewaan emas dinar ni. Sebenarnya, simpanan dalam bentuk dinar adalah simpanan yang saya rasakan terbaik. Nak tau kenapa? Sebagai contoh,mungkin ada diantara kita yang nak pergi mengerjakan umrah.

Katakan pakej nak mengerjakan umrah = RM5000.00
Mungkin ada diantara kita yang menabung dan telah menetapkan target. Sampai 1 masa, simpanan kita pasti cukup RM 5000. Tapi cuba bayangkan, dengan peningkatan harga minyak yang tidak menentu ini, pakej umrah yang asalnya RM5000 tadi pasti akan meningkat juga, jadi terpaksalah kita tangguhkan sementara niat untuk mengerjakan umrah sebab apa?sebab kena simpan duit lagi..still x cukup.
Tapi, dengan emas Dinar, yang harga nya dalam trend menaik, pasti tiada masalah untuk kita meneruskan niat suci kita itu. InsyaAllah!
Macam mana nak buat? dengan penyimpanan 1 bulan 1 dinar atau mungkin 2 bulan 1 dinar..impian anda untuk mengerjakan umrah insyaAllah akan tercapai..
umrah = 10 dinar
haji = 20 dinar

Hantaran Kahwin



sumber : pokli.com
Pasti ramai yang x terfikir bahawa, emas dinar juga boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Jadi bagi kawan-kawan kita yang nak kawin tu..inilah masanya..kumpul lah emas dinar dari sekarang :)Cukup saja 15-20 Dinar..hah dah boleh buat hantaran.. hihihi...lain dari yang lain kan????? so bagi yang tengah membujang macam saya niii,haaa apa lagi,jom kumpul dinar....hehehe...

Pembayaran Zakat
Zakat merupakan kewajiban bagi umat islam yang telah memiliki harta dengan nisab dan waktu tertentu. Salah satu zakat yang diwajibkan bagi kaum muslim adalah zakat maal atau zakat harta. Nisab zakat harta adalah 20 dinar emas (85 gram emas 22 karat) zakatnya adalah 1/2 dinar (2.5%). Dan emas tersebut telah dimiliki dalam waktu satu tahun.

Firman Allah s.w.t.





Maksudnya
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).

Pelaburan (Investment)

Graf Emas sejak 10 tahun
Graf Emas sejak 5 tahun

Graf Emas sejak 6 Bulan
hurm..emas sebagai pelaburan? boleh ke? ha..sebenarnya..sebelum saya kenal dengan dinar emas ni saya pun tak berapa tau pasal benda ni..tapi ini lah sebenarnya cara terbaik untuk anda melabur..
tengok saja la nilai emas(dollar) per auns..saban tahun nilai emas pasti naik..memang bes betul.. sekarang saya melabur dengan mengumpul dinar-dinar emas keluaran Public Gold(PG) iaitu Public Dinar..bagus juga emas dinar keluaran PG ni..
sebab margin dia pun x jauh beza lebih kurang 5-6% saja.

kalau lihat contoh yang saya ambil pada 23/1/2010 seperti dibawah;
Harga Emas Dinar (Public Dinar)
kita dapat lihat bahawa harga jualan/belian sebagai contoh bagi 1 dinar
jualan : RM 545
belian : RM 512
iaitu perbezaan(margin) sebanyak : 6.06%
Atau, bagi pengumpul Emas Bar pula, nilai emas adalah seperti berikut

Harga Emas Public Gold
yang menariknya, harga emas ini sentiasa dikemaskini bagi setiap 20 minit mengikut harga pasaran antarabangsa.

Hadiah
haa..selain tu emas-emas ini juga boleh digunakan untuk diberikan sebagai hadiah sebab emas kan cantekkkkk....hehehe...tanya la sapa-sapa pon,ade ke yang cakap emas tak cantekk...kekekeke.tapi kalu bagi dekat saya emas yang bentuk xcantekk pon saya nak sebab nilai emas bukan dikira pada rupanya tetapi pada sifat dan ketulenannyaaa....waaaaaaaaaa sejak berkecimpung dlm dunia emas ni,pandai la sikit2 berpuitis....=))

Sekian, Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment