Pages

Sunday 19 June 2011

Emas Perhiasan Vs Emas Pelaburan

Assalamualaikum,
Tajuk kita kali ini "Emas Pelaburan vs Emas Perhiasan"...hehehe...dengar macam wrestling pun ada...=))







Baru-baru ni saya ada terbaca akhbar kosmo, yang mana tajuknya Kedai emas semakin lengang . Semuanya gara-gara kenaikkan harga emas yang mendadak sejak akhir-akhir ini.
Percaya atau tidak, secara purata, kenaikkan harga emas adalah sekitar 20-30% setahun, kenaikkan harga emas ini adalah gara-gara ketidakstabilan ekonomi barat  dan juga beberapa faktor lain seperti politik, peperangan dan lain2.
Jom kita baca, apa yang ingin disampaikan oleh akhbar tersebut.

Kedai emas semakin lengang

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini. Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.
Untuk makluman anda semua, tidak pernah sekali pon orang akan cakap harga emas itu murah! Sejak dulu lagi walaupon harga emas adalah dibawah RM100/gram, orang tetap akan kata harga emas mahal.Betul tak ? :)
Walau mahal macam mana sekali pon, walau sedikit saja pembeli emas di kedai emas, kita tak pernah tengok ada kedai emas yang terpaksa tutup mengalami kerugian betui tak?


Bagi kebanyakkan wanita, emas begitu sinonim dengan mereka dan seolah-olah barang kemas itu menjadi pakaian wajib bagi mereka. Namun sejak akhir2 ini, kebanyakkan wanita tidak memakai barang kemas bukan disebabkan takde duit, atau bukan disebabkan emas naik harga tapi disebabkan takut dengan si peragut!
Kenapa peragut nak ragut barang kemas? si peragut tu nak pakai barang kemas tu ke? tak kan…diorang ragut sebab diorang tau emas tu bernilai!!
Jadi, kebanyakkan wanita hanya simpan saje emas tu kat rumah. takut dah nak pakai bawak jalan2 pegi shopping kompleks ke mana2 je la..diorg hanya pakai mungkin kat rumah iaitu masa orang datang melawat rumah kita (pakai sebab nak tunjuk kita ada barang kemas..hehehe)
Nasihat saya, kalau nak simpan barang kemas, baik kita tukar trend pulak..tukar dari menyimpan barang kemas kepada menyimpan emas pelaburan!!

Kenapa emas pelaburan ni bagus?

Ramai diantara kita masih taktau dan tak sedar bahawa barang kemas ni susut nilainya adalah sekitar 15-30%
Percaya atau tidak, mungkin kita boleh tanya tokei kedai barang kemas tersebut.
“alo tokei, ini rantai emas 999 kalau i tolak pada u, brapa u ambik ha?”
tokei emas tu boleh jawab dalam 2 cara
“aiya, lu tak payah risau la..emas gerenti naik harga punya, itu jam u mau tolak ini rantai gerenti ada untung punya”
kita lepas dengar ‘gerenti ada untung’ memang kompem kita terus tak kisah pon brapa dia nak ambik lepas tu..betul tak??hehehe..janji untung.. :)
tapi, kalau tokei tu bagi tau perkara sebenar,
“ini emas arr..wa ambik harga semasa tolak 15-30%..tengok keadaan laa..”
memang susah tokei emas nak jawab camni, sebab kalau dia cakap camni, kita nampak 15-30% tu tinggi tu..jadi mesti kita akan pikir 2-3kali..nak beli ke tanak..nak beli ke tanak..nak beli ke tak nakkk…
last last x jadi beli..so rugi la si tokei ni..hihi
Emas Pelaburan
tapi kalau emas pelaburan? kita ambik emas Public gold sebagai contoh:


emas pelaburan di atas, susutnilainya (lebih tepat lagi spread) harga jual dan beli hanyalah 5-6%. Jadi alang-alang barang kemas yang kita beli tu hanya untuk simpan saja, baik kita beli emas pelaburan yang mana perbezaan harga jual beli lebih kecil berbanding barang kemas (15-30%)....ok...Jom saya kongsi formula untuk mengira nilai susut(spread) emas...


So...cube kira sendiri ye...hehehe...xpaham boleh tanya saya...










Dengan cara ini, setidak2nya, kita boleh menjana keuntungan, lagi lama disimpan lagi mahal la emas tersebut kerana kenaikkan harga emas yang secara puratanya 20-30% setahun.
Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang..Jadi, kenapa perlu takut harga emas naik tinggi atau harga emas jatuh? :)
Sekian dulu, assalamualaikum

No comments:

Post a Comment