Pages

Sunday 7 August 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca setia blog seriGOLD..Blog kali ini akan membincangkan isu-isu FAKTA yang penting yang dimuatkan dalam paper UTUSAN hari ini...JOM KITA TEROKAAAA....

Gambar hiasan dari admin seriGOLD

UTUSAN MALAYSIA, 3 Ogos 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters


Artikel yang keluar dalam UTUSAN



Apa yang perlu kita buat sekarang????
  1. Walaupun kita tidak mampu membeli bekilo-kilo emas atau bertan-tan emas, sekurang-kurangnya kita mulakan daripada yang kecil.Apa salahnya kita beli 1dinar atau 10gram dahulu..
  2. Apa yg saya boleh katakan...."Lebih baik simpan emas walaupun sikit daripada tak simpan langsung"  dan "Jangan terlalu ambil sikap tunggu dan tunggu sebab emas makin hari makin naik..." Kita tgk la zaman nenek moyang kita dahulu...berapa ringgit sgt harga bagi segram emas berbanding harga pada hari ini...
  3. Selama ini kita sangkakan apabila kita mempunyai pelbagai simpanan yang berlainan seperti ASB, Tabung Haji, ASN,  tapi hakikatnya semua ini dibawah payung yang sama iaitu paper money investment...Bayangkan jika ekonomi Amerika jatuh dan apa akan terjadi dengan duit-duit simpanan kita yang ada di dalam bank??? adakah ia bernila waktu itu??? sebab itu kita perlu beli emas dan simpan sebab emas adalah simpanan fizikal atau dalam bahasa mudah faham (simpanan yang kita nampak)...Jika berlaku apa-apa yang berkaitan ekonomi,kita boleh gunakan emas sbg TRANSAKSI kita....
  4. Semua orang dah mula sedar tentang pentingnya simpan emas daripada simpan duit kertas...Negara korea mengambil langkah yang bijak melindungi ekonomi dengan menukar duit AS$1B kepada emas yang bernilai AS$1B...fikirlah yang mana lebih untung....???
Jika ada sebarang komen atau ilmu yang nak dikongsi,bolehlah komen di blog ini atau hubungi saya..

1 comment:

  1. semalam,8/8/2011 telah masuk berita tv3 yng BANK MALAYSIA turut beli emas...xsgka bank negara baru nak sedar..kekekeke..tahniah en jamil sbb sedarkan kami semua...hehehe

    ReplyDelete