Pages

Sunday 7 August 2011

KETULENAN EMAS DAN PERAK

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ? APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.


STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800


STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.


  
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.


PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.


STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.


PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.


PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

Beli barang kemas tapi tiada upah tukang??? woooww untungnya..





Assalamualaikum semua,
Sebenarnya masih ramai diantara kita yang masih belum tahu, selain jongkong emas dan syiling dinar, Public Gold ni sebenarnya ade juga jual barang kemas. Mungkin untuk anda yang baru pertama kali mengenali Public Gold ni, yang mungkin hanya mengenali 2 website sahaja iaitu www.publicgold.com.my takpun www.publicdinar.com, anda sebenarnya boleh juga menjelajah/melayari ke laman web www.publicjewellery.com.my
Website tersebut adalah khas untuk barang kemas sahaja. Banyak juga contoh barang kemas yang ade dalam web tu. mungkin anda semua boleh.

Apa kelebihan barang kemas keluaran public jewellery di public gold berbanding barang kemas di kedai2 emas yang lain????????? Jommm kita teroka....


KELEBIHAN BELI EMAS DENGAN PUBLIC GOLD
1.HARGA EMAS SEMASA MURAH
Harga emas murah berbanding harga pasaran kedai lain.Kenapa kita perlu bayar lebih sedangkan Emas sama,bezanya hanya keluaran...so kalau nk untung,beli la keluaran Public Gold...


SEBAGAI CONTOH 

HARGA EMAS SEMASA dikedai-kedai emas bagi 916 sekarang adalah RM167/gram
 BOLEH RUJUK DI www.fgjam.org.my


                           TETAPI............


HARGA EMAS SEMASA di Public Gold sekarang adalah RM160.46/gram
  BOLEH RUJUK DI www.publicjewellery.com.my

2.TIADA UPAH TUKANG (LABOUR CHARGE) 
Bila kita beli emas kat kedai emas,selalunya ada UPAH TUKANG yang dikenakan..Sebagai contoh kita beli seutas rantai leher (Necklace).

SEBAGAI CONTOH
SITUASI PERTAMA
Suraya membeli seutas rantai yang beratnya 15GRAM dikedai EMAS ALI BABA...

Harga rantai = RM 167 (harga ikut harga standard pasaran) x 15gram 
                   = RM 2505

Upah tukang = RM 300 (saya anggarkan sahaja)

Jumlah yang perlu dibayar = RM2505+300
                                        = RM2805

SITUASI KEDUA
Suraya membeli seutas rantai yang beratnya 15GRAM keluaran PUBLIC GOLD menerusi DEALER yang bernama JAMIL MOHAMAD (A6846)

Harga Rantai = RM160.46 (mengikut harga semasa public gold pada masa itu) x 15gram
                    = RM 2406.90

Upah tukang = TIADA  waaaaaaaaaaa besnyaaaaaaaa

Jumlah yang perlu dibayar = RM2406.90 + 0
                                        = RM2406.90




Jadi yang mana satu pilihan anda?????  
Nak bayar RM2805 atau RM2406.90 ????
tepuk dada,tanya selera....





Bagaimana cara hendak beli barang kemas keluaran Public Jewellery??????...

Contoh keluaran Public Jewellery

1.Layari web www.publicjewellery.com.my 
2.lihat yang mana satu menjadi pilihan...sbg contoh jika anda nak beli rantai leher (Necklace) seperti di bawah,anda catat no kod sbg contoh PJN002001-50 (RUJUK GAMBAR DIBAWAH)
3.Hubungi JAMIL MOHAMAD di 012-4588405/012-5302621 untuk "LOCK/KUNCI" harga pada waktu itu dan saya akan oderkan/tempah utk anda..
4.Langkah seterusnya akan diberitahu semasa anda membuat tempahan...:)  
  
Ok, mudah saja kan????.kalau anda dapat lihat di web tersebut, terdapat harga untuk kita beli dan juga harga emas untuk kita jual balik.



Untuk makluman, harga emas ini adalah mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Harga ini juga akan berubah-ubah untuk setiap 20minit.
Jadi, bagi yang perempuan tu, kadang2 ada gak yang minat nak jadi dealer..tapi ramai yang taktau, nak jadi dealer tak semestinya kena beli emas jongkong atau emas dinar saja, tapi nak beli emas barang kemas pon boleh juga janji cukup RM20,000.00

                            TETAPI ....
kini, Public Jewellery tengah buat promosi yang sangat hebat!! Jom kita tengok apa promosi yang dia buat.


Maksudnya di sini, nak jadi dealer, hanya perlu beli emas bernilai RM15,000.00 tapi dengan syarat kena semuanya barang kemas.
Ha…ini la 1 peluang, sebab mungkin ada di antara kita yang hanya ada RM15k saja….so ini la peluang terbaik untuk anda memulakan bisnes emas..Cuba fikir secara logik, nak jadi tokey emas tapi modal hanya sekecil RM15 ribu??
Dengan hanya RM15ribu dah boleh digelar tokey emas?? haa..ini la kelebihannya..Agak2 kalau kita bukak kedai sendiri, barang kemas RM15k ade brape banyak ye? Ade 100 dulang emas? atau 50 dulang? takpun hanya 1 dulang je? :)
Ok la..kepada mereka yang nak tau lebih lanjut pasal ni bleh tanye kat ruangan komen tak pon bleh email atau call sy terus.
Sekian, Assalamualaikum..

SILVER lebih untung???? macam xcaya ja....



Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( SILVER) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi perak (SILVER), sudah tentu perak (SILVER) menjadi pilihan mereka. Kalau saya bagitau kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya???? Jom kita TEROKAAAA...


KEBAIKAN SILVER




*Kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010.anda boleh rujuk di (http://www.silverprice.org/

*Bila kenaikan tinggi secara xlangsung duit kita cepat berkembang...saya bagi contoh...ASB 10%,EMAS30%,SILVER 70%..


SITUASI ANDA


Jika anda ada duit sebanyak 50 ribu...adakah anda nk simpan duit itu di dalam bank/ASB atau TUKARkan duit 50 ribu itu kepada bentuk EMAS ataupun dlm bentuk SILVER....JOM kita TEROKAAAAAAA yang mana untung...


Katakanlah ASB/bank lain kenaikan sebanyak 8-10%


50ribu x (10% x 10tahun) = 50,000 x100%

                                        = modal iaitu 50,000 +(50,000) 
                                        =RM100,000


Katakanlah emas pula kenaikan sebanyak 25-40%

50ribu x (30% x 10tahun) = 50,000x300%
                                         = modal iaitu 50,000 + (150,000)
                                         =RM200,000  
 
 Katakanlah SILVER pula kenaikan sebanyak 70%
 
50ribu x (70% x 10tahun) = 50,000x700%
                                         = modal iaitu 50,000 + (350,000)
                                         =RM400,000  
Jadi, yang mana satu pilihan anda??? 100k ke, 200k ke atau 400k ??? tepuk dada,tanya selera...
 
Ramai yang kompius sbb cakap Silver ni ada harga ke tak???kat mana nak jual??
 
*bila beli silver,maka jual lah di PUBLIC GOLD atau dealer2 yang jual dekat anda...Kalau diorang xnak,jual kat saya...saya nak sbb saya tau nilai SILVER dalam jangka masa panjang....



KELEMAHAN SILVER

*Tidak boleh pajak/gadai..hanya boleh jual di P.G atau DEALER P.G
*Reka bentuk KURANG menarik berbanding EMAS...tp jgn lupa,pandanglah kepada nilai SILVER......

Ok semua???? FAHAM TAK??? .

Dalam dunia pelaburan berbentuk EMAS dan SILVER, anda perlukan 80% EMAS, 20% SILVER..kenapa saya cakap macam tu??? Saya bagi satu TEKNIK kepada anda...
 
*EMAS turun harga,jual SILVER sikit utk beli EMAS.....
*SILVER turun harga,jual EMAS sikit untuk beli SILVER.... 
 
TETAPI......

Jika anda hanya ada 80% EMAS dan 20% SILVER pon sudah memadai jika anda tidak guna TEKNIK yang saya beri sebab jika harga EMAS naik,kita UNTUNG,dan jika SILVER naik pun kita UNTUNG...Jadi benda tu SEIMBANG.....


Contoh SILVER keluaran PUBLIC GOLD
 
 untuk maklumat lanjut,layari www.publicgold.com
 
 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh call saya ..jangan malu-malu untuk berkongsi ilmu dengan saya..

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca setia blog seriGOLD..Blog kali ini akan membincangkan isu-isu FAKTA yang penting yang dimuatkan dalam paper UTUSAN hari ini...JOM KITA TEROKAAAA....

Gambar hiasan dari admin seriGOLD

UTUSAN MALAYSIA, 3 Ogos 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters


Artikel yang keluar dalam UTUSAN



Apa yang perlu kita buat sekarang????
  1. Walaupun kita tidak mampu membeli bekilo-kilo emas atau bertan-tan emas, sekurang-kurangnya kita mulakan daripada yang kecil.Apa salahnya kita beli 1dinar atau 10gram dahulu..
  2. Apa yg saya boleh katakan...."Lebih baik simpan emas walaupun sikit daripada tak simpan langsung"  dan "Jangan terlalu ambil sikap tunggu dan tunggu sebab emas makin hari makin naik..." Kita tgk la zaman nenek moyang kita dahulu...berapa ringgit sgt harga bagi segram emas berbanding harga pada hari ini...
  3. Selama ini kita sangkakan apabila kita mempunyai pelbagai simpanan yang berlainan seperti ASB, Tabung Haji, ASN,  tapi hakikatnya semua ini dibawah payung yang sama iaitu paper money investment...Bayangkan jika ekonomi Amerika jatuh dan apa akan terjadi dengan duit-duit simpanan kita yang ada di dalam bank??? adakah ia bernila waktu itu??? sebab itu kita perlu beli emas dan simpan sebab emas adalah simpanan fizikal atau dalam bahasa mudah faham (simpanan yang kita nampak)...Jika berlaku apa-apa yang berkaitan ekonomi,kita boleh gunakan emas sbg TRANSAKSI kita....
  4. Semua orang dah mula sedar tentang pentingnya simpan emas daripada simpan duit kertas...Negara korea mengambil langkah yang bijak melindungi ekonomi dengan menukar duit AS$1B kepada emas yang bernilai AS$1B...fikirlah yang mana lebih untung....???
Jika ada sebarang komen atau ilmu yang nak dikongsi,bolehlah komen di blog ini atau hubungi saya..